Admin

Posted by Hani Sofea On 10/15/2019
About Me


Hani Sofea adalah anak jati Pasir Mas Kelantan yang begitu meminati bidang penulisan. Semasa awal remaja, beliau gemas menulis dan mengumpul pelbagai jenis cerpen, novel, puisi dan sajak sebagai koleksi pada masa lapang, selain untuk tatapan keluarga dan rakan terdekat beliau membaca dan mengkritik hasil nukilannya.

Berumahtangga dan mempunyai cahaya mata 7 orang. Kini seorang penulis sepenuh masa. Memiliki kelulusan dari Institut Kemahiran MARA, cawangan Besut Terengganu dalam bidang Elektronik Instument dahulunya pernah bekerja sebagai Juruteknik computer di Sebuah Syarikat Konsultan Teknologi Maklumat Terkemuka yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Bekerja sebagai juruteknik computer. Beiau pernah dihantar bagi menimba pengalaman dan berkhidmat di JUPEM, Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kota Bharu, Terengganu dan Pahang. Di sebabkan minat yang begitu mendalam dalam dunia penulisan, beliau mengambil keputusan nekad berhenti kerja selepas mendiri rumahtangga pada 2002 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan dunia penulisan.

Antara buku terawal yang dilahirkan adalah novel Gerhana Hati Lara yang menggunakan nama pena Hani Sofea. Beliau juga adalah penulis fikyen Miss Epal yang tersohor dengan gaya kepimpinan yang bercirikan orang timur. Kini Beliau aktif menulis pelbagai buku dan menjadi pengasas bersama untuk buku siri Usahawan Cilik.

Antara buku awal yang ditulis dibawa siri Usawahan Cilik adalah buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman, Tukang Gunting Terbang, Mesin rumput Ekspres dan Raja Sosej dan Ratu Mayonis. Dua buah buku daripada bukunya sudah diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia iaitu buku Biskuit Ajaib dan Garasi Armand. Kini Beliau sudah melangkah aktif dalam penulisan buku ilmiah dengan menggunakan nama Pena Ain Muhammad Seperti buku Anak Nak Kahwin Mak Yang Panas, Rancang Wang Sejah Jatuh Cinta, Cashflow Untuk Wanita, Anak projek Luar biasa dan buku-buku tentang psikologi lagi yang bakal muncul nanti.

Beliau boleh dihubungi melalui email, hanisofeanovelis@gmail.com ataupun di facebook Hani Sofea dan Ain Muhammad.
[Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluarkan ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan dari blog ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Hani Sofea.]

No comments:

Post a Comment